Saturday 29 August 2009

Penghantaran Kek Lapis Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

Bermula hari ini, kami menerima membuka peluang kepada rakan-rakan di seluruh Malaysia untuk membuat tempahan kek lapis. Kek lapis ini akan dihantar secara pos menggunakan khidmat Pos Laju oleh Pos Malaysia yang hanya mengambil masa 1-2 hari bekerja.

Untuk menyediakan khidmat ini, kami akan mengenakan sedikit caj tambahan sebagai bayaran kepada Pos Malaysia dan juga untuk packaging yang lebih selamat dan tahan lasak.

Sila klik di sini untuk mengira caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.

Sebagai contoh, Kek Lapis 1kg akan menjadi lebih kurang 1.2Kg selepas dibungkus. Di sini, caj Pos (tidak termasuk jumlah cukai dan caj tambahan oleh Pos Malaysia sebanyak 25%) adalah sebanyak RM7.50.

Setelah dicampur cukai dan caj tambahan oleh Pos Malaysia sebanyak 25% dan kos pembungkusan, maka kos untuk penghantaran adalah sebanyak RM14.00. Sangat berpatutan, kan?

Jika anda berminat untuk membuat tempahan Kek Lapis, sila maklumkan jumlah yang ingin ditempah dan kami akan bantu anda untuk mengira Kos Penghantaran.

Friday 21 August 2009

Kek Lapis Asam Manis & Kek Lapis Rempah Ordered By Mazilah

Selain dari Chocolate Moist Cake di entri sebelum ini, Cik Mazilah juga menempah 1/2 Kg Kek Lapis Rempah dan 1/2 Kg Kek Lapis Asam Manis.

Maklumlah kebanyakan pekerjanya sudah berumur, jadi kenalah tempah kek yang kena dengan selera mereka. Pandai betul Cik Mazilah ni ye...

Di bawah ini adalah gambar Lek Lapis Asam Manis 1/2 Kg diikuti dengan Kek Lapis Rempah 1/2 Kg. Semoga para pekerja Cik Mazilah gembira menikmati kek-kek ini..




Saturday 15 August 2009

Testimoni

Testimoni daripada komen yang diberikan oleh para pelanggan dan rakan-rakan yang telah mencuba kek dan cupcake kami.

#1 - Ifah (06/08/2009)
Terima kasih banyak2 kak Zila, serius, memang sedap!
Sy ni penggemar kek jgk, jarang dpt makan cupcake.
Tapi sekali makan, mmg sedap, tak muak sbb comel2:)
Rasa satu, nak ambik lagi 2-3 :)
Yang paling sedap, fresh cream n moist chocolate tu mmg terasa lagi sedapnya...

#2 - Liyana (13/08/2009)
hye kak fadzilah!! thank you so much for the cake! mama kite suke sgt kek akak! ayah saya yg jarang2 nak puji kek org sedap and smlm die sgt impress with ur cake!! i love the size, the writing and the flavour!! hehe next on 22nd eh?? and insyaAllah for hr raya too!!tq akak!!!

#3 - Siti Rohana (13/08/2009)
sgt sedap lah cupcake ini dan sgt cute...kite suka...nanti pasti akan ct tempah pula...memandangkan cik abg pun suka...
thanks joy....insyaAllah..kite tak berpisah lagi...Persahabatan yg di bina kerana Allah..

#4 - Kak Rozi Senai (15/08/2009)
Hi! Fadzilah, last week sampel cup cakes and kek lapis yang you bagi tu memang sodap tu. Kek lapis tu serasa betul and the cupcakes really delicious. So kepada kawan-kawan di sana tak rugi order kek lapis and cup cakes memang berbaloi! KAK ROZI SENAI

#5 - Mazilah (17/08/2009)
Wah! penuh satu page dgn order Mazilah jek kan. Giler glamer betul Cik Mazilah ni :) Apapun, Cupcake Kak Fadzilah bg saya sedap dan memuaskan hati sbb :

~ Rasa generous fresh cream yg rich dgn chocolate
~ Yummylicious ganache swirl hingga menjilat jari, mcm creamy aiskrim
~ Tak terlalu manis, sesuai dgn taste bud saya
~ Decoration / Frosting yg cantik & simple
~ Perkhidmatan yg sgt friendly, approachable
~ Great customer service skill, siap dgn after sale servis lg :)
~ Perkhidmatan penghantaran ke pintu rumah, bila2 masa anda mahu, I wish ada midnight delivery lg :)
~ Willingness to explain, berkongsi idea & cadangan apa yg terbaik utk tempahan anda serta memenuhi permintaan peribadi customer
~ Boleh dapatkan sample percuma sebelum membuat keputusan
~ Kesimpulannya, membuat tempahan dgn Kak Fadzilah adalah sgt mudah & stress free

Terima kasih membantu menjadikan hari2 special saya lebih istimewa. Thumbs up! Tq jg sbb sabar & sanggup terima tempahan saya yg bnyak kerenah ni, changing mind every few hour & nak everything, all in 1, hehe. Jgn serik utk tempahan seterusnya. Keep up the good work!

#6 - Farha (17/08/2009)
Sedap... Rasa mcm ice-cream. Rugi klau smua org xcuba... Tp, susah nk cari blog. Lain kali, tulis la kat cup nama blog. senang nnt org nk order. Hehehe...

#7 - Atie (17/08/2009)
Thanks Joy atas kek yg diberi. Mmm memang sedap, rasa tak cukup je 6 biji tu, hehe. Rasa keknya sedap, tak manis sangat, macam kek coklat lembab gitu. Suka... suka sangat. Krim nye pun sedap, macam aiskrim. Belum sempat tuan kek balik, dah habis krim tu dijilat anakku Amira. Decoration yg dipacak kat atas kek tu pun Amira suka, dia wat main2 lepas tu. Kalo ada apepe event nanti aku tempah ngan mung la.

Thursday 6 August 2009

Khidmat Penghantaran (Delivery Service) ke Skudai, Johor Bahru, Pasir Gudang, Masai, Skudai, Senai, Kulai, Gelang Patah, Pekan Nenas, Pontian

Kami turut menyediakan khidmat penghantaran dengan kadar berikut.

Taman Pulai Utama/Taman Pulai Flora/Taman Universiti/UTM - PERCUMA
Taman Sri Pulai/Teratai - RM5.00*
Taman Sri Skudai/Sri Putri/Desa Skudai - RM5.00*
Taman Pulai Emas/Pulai Jaya - RM8.00*
Taman Skudai Baru/Mutiara Rini/Tun Aminah - RM8.00*
Bandar Baru Kangkar Pulai/Kangkar Pulai/Pulai Indah - RM10.00*
Tampoi/Perling/BBU - RM15.00*
Johor Bahru/Pekan Nenas/Senai - RM15.00*
Gelang Patah/Kulai - RM20.00*
Pontian - 25.00*
Taman Molek/Plentong/Johor Jaya - RM30.00*
Masai - RM35.00*
Pasir Gudang - RM40.00*

*Harga mungkin lebih @ kurang dan boleh dirunding berdasarkan jarak sebenar perjalanan.

Untuk kawasan lain, sila hubungi kami untuk pertanyaan.

Diskaun kadar delivery sebanyak 30% akan diberikan jika tempahan melebihi RM100.00

Thursday 30 July 2009

Delivery Kek Lapis Di Sek Keb Taman Selesa Jaya

Hari ni saya nak berkongsi gambar salah seorang pelanggan Kek Lapis yang merupakan seorang cikgu di tempat suami saya mengajar. Sebenarnya gambar ni dah agak lama, tetapi baru sahaja diupload ke flickr.

Dia ni pemalu orangnya, sebab tulah dia tutup muka...


Monday 20 July 2009

Cara Tempahan

3 Langkah Untuk Membuat Tempahan:

1. Hubungi 012-7498940 (Fadzilah) atau hantarkan tempahan anda ke fadzilahmamat@yahoo.com
2. Buat bayaran penuh ke akaun Fadzilah Mamat (Maybank: 101302059888).
3. Maklumkan maklumat pembayaran.

Sampel Kek Lapis